Abstract:
Satu kajian mengenai perubahan kecerunan pantai dan
kaitannya dengan taburan endapan telah dijalankan di sekitar pantai Kuala Terengganu, bermula dari bulan Ogos 1994 hingga
Januari 1995. Tumpuan kajian adalah di tujuh kawasan yang
meliputi pantai Batu Burok, Primular Rhu Renggeh, Rhu Dua,
Rhu Tapair Chendering dan Seberang Takir.