Abstract:
Ikan biji nangka (Upeneus sulphureus) merupakan ikan demersal. Di
Malaysia, ikan ini dikategorikan sebagai spesies komersial. Sejumlah 330 spesimen telah dianalisis kandungan perutnya. Panjang purata spesimen adalah
14.4 cm. Kajian ini dijalankan untuk menentukan kandungan perut U.
sulphureus mengikut kumpulan saiz iaitu dari 9.0 cm hingga 19.9 cm dan sepanjang tempoh dari bulan September (1994) hingga Januari (1995).