Abstract:
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauh manakah faktor seperti suhu,
kelembapan pasir, ciri-ciri pasir dan keadaan fizikal pantai boleh mempengaruhi
taburan sarang penyu agar (Chelonia mydas) di Pulau Redang. Min saiz pasir adalah faktor yang paling penting dalam mempengaruhi taburan sarang penyu.