Abstract:
Pensampelan zooplankton di kolam pengoksidaan dilakukan seminggu sekali bermula bulan September hingga bulan Disember 1994. Pensampelan dilakukan menggunakan tiub sepanjang 110cm dan dilalukan pada net plankton saiz mesh 64u. Sampel diawet dengan 4% formalin. Pengiraan dijalankan menggunakan mikroskop
(kamera lucida). Sampel air juga diambil dan dianalisis untuk meneliti perkaitannya
dengan fluktuasi zooplankton.