Abstract:
Kajian terhadap arah pergerakan sedimen dijalankan di sepanjang pantai Terengganu. Persampelan sebanyak 80 stesen dijalankan sepanjang pantai meliputi Kuala Besut hingga ke Kuala Terengganu. Tujuan kajian ini ialah untuk mengetahui kesesuaian model pengangkutan enapan McLaren di Pantai Terengganu.