Abstract:
Kajian mengenai perhubungan ekologi ikan air tawar dan pengezonan sungai di sepanjang Sungai Terengganu telah dijalankan. Ciri-ciri Sungai Terengganu telah berubah disebabkan oleh pembinaan empangan hidroletrik di hulu
sungai. Kawasan kajian telah dibahagikan kepada 3 zon berdasarkan pengezonan
horizontal iaitu zon hulu, pertengahan dan hilir sungai.