Abstract:
Kajian kuantitatif dan kualitatif kandungan perut Rastrelliger sp. dan Sardinella sp. dari perairan Pantai Barat Negeri Sabah telah dijalankan. Jumlah panjang saiz ikan
adalah 15.0 - 20.0 cm (Rastrelliger sp.) dan 13.0 - 15.5 cm (Sardinella sp.). Analisis yang telah dijalankan adalah berasaskan pada kaedah numerik, kaedah frekuensi kejadian, kaedah kedominan dan intensiti pemakanan serta perhubungan dan perubahan peratus item makanan mengikut saiz ikan.