Abstract:
Peringkat perkembangan telur bagi Mystus nemurus C.&V. telah dikaji menggunakan teknik histomorfologi. Telur diperolehi melalui kaedah satu suntikan dan dua suntikan hormon ovaprim pada kadar 0.5ml/kg. Sampel pertama diambil sebaik sahaja suntikan dijalankan dan sampel seterusnya adalah dalam selang masa 3 jam. Tempoh yang diambil untuk ianya mencapai peringkat ovulasi ialah 18-20jam.