Abstract:
Satu kajian telah dijalankan mengenai kesesuaian dan potensi Empangan Batang Ai, Sarawak untuk perikanan rekreasi dari bulan Ogos sehingga Disember pada tahun 1995. Kajian ini dijalankan untuk mengenal spesies ikan, mutu air, pemerhatian kemudahan dan bancian terhadap pemancing.