Abstract:
Kajian perbandingan pemakanan antara campuran plankton liar dan plankton dari air hijau ikan Tilapia dengan makanan dari kultur Brachionus plicatilis dan Artemia salina bagi umur 3 - 3 0 hari telah dijalankan. Kajian menunjukkan tiada perbezaan bererti p>0.05) bagi kadar tumbesaran panjang total (TL), panjang piawai (SL) dan bukaan mulut (MW) di antara kaedah pemberian makanan menggunakan plankton liar dan air hijau dengan kaedah pemberian makanan menggunakan Brachionus plicatilis dan Artemia salina.