Abstract:
Biologi pembiakan ikan Susuh Batu, Noemacheilus masyae (Smith) yang merangkumi taburan Gonadosomatik Indeks (GSI), diameter ova, penentuan dan pembezaan jantina seks, peringkat oogenesis dan spermatogenesis serta fekunditi telah
dijalankan. Stok sampel kajian pelbagai saiz diperolehi dari persekitaran semulajadi iaitu
di air terjun Tanjung Kiang, Tasik Kenyir.