Abstract:
Kajian ini khusus mengenai kadar tangkapan dan dimensi petak ikan,ia
merupakan kajian yang pertama dilakukan di Malaysia.Secara amnya hasil daripada kajian ini dapat memberikan gambaran secara kasar mengenai operasi bot pukat jerut tradisi laut dalam,khususnya di Kuala Terengganu.Dengan maklumat yang dikumpulkan ini,ia dapat membantu pereka bentuk bot,terutamanya untuk menentukan saiz petak ikan yang sesuai di atas bot perikanan berdasarkan kepada kadar tangkapan dan corak operasi.