Abstract:
Kajian ektoparasit dilakukan ke atas anak ikan patin, Pangasius sutchi yang berukuran diantara 1-3 inchi. Anak ikan patin ini, dimasukkan ke dalam sangkar ternakan yang ditempatkan di dalam kolam air tawar, UPM Terengganu. Sebanyak 2 spesies ektoparasit telah dikenalpasti menyerang anak ikan patin di dalam sangkar ternakan.