Abstract:
E-dagang merupakan proses jual beli produk ataupun servis secara sistem berelektronik melalui internet, dan jaringan-jaringan komputer yang lain.Faktor-faktor penggunaan E-dagang, dan budaya organisasi merupakan elemen yang memberikan kesan kepada perubahan keupayaan organisasi. Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kesan dimensi penggunaan E-dagang ke atas keupayaan organisasi di dalam industri perhotelan di Malaysia.