Abstract:
Tujuan penyelidikan ini ialah untuk membandingkan arus di kawasan pantai dan luar pantai di perairan Terengganu. Meter arus jenis RCM-7 dan meter arus elektromagnetik jenis ACM-8 telah digunakan masing-masing untuk mengukur arus di stesen luar pantai dan stesen pantai. Program CURNEW telah digunakan untuk menganalisis data.