Abstract:
Kajian penghasilan ikan tilapia (Oreochromis niloticus) dan sayur bermutu telah dijalankan di Hatcheri Air Masin, Universiti Putra Malaysia, Terengganu selama 120 hari. Sistem akuaponik telah direkabentuk untuk mengkaji jarak tanaman sayur kailan
(Brassica alboglabra) yang sesuai untuk mengawal kualiti air melalui batuan pengudaraan, penapisan mekanikal dan sedementasi.