Abstract:
Dalam kajian ini dua bentuk logam berat dikaji iaitu logam berat dalam bentuk terlarut dan partikulat. Sampel-sampel air diambil dari 8 stesen iaitu empat stesen di Muara Sungai Terengganu dan empat stesen di perairan pantai Kuala Terengganu. Sebanyak 2 kali penyampelan diadakan dan logam berat yang dikaji ialah zink (Zn),
kadmium (Cd), plumbum (Pb) dan kuprum (Cu).