Abstract:
Kajian ciri-ciri sedimen litoral diiakukan di sepanjang pantai Dasar Sabak hingga pantai Irama Bachok pada bulan Ogos hingga bulan November. Kajian diiakukan dengan mengambil sedimen di bahagian bcickshore, midshore dan foreshore bagi setiap stesen. Keseluruhannya di sepanjang pantai kajian dari segi nilai min menunjukkan jenis pasir
tengah kasar lebih dominan. Nilai penyisihan adalah lebih cenderung kepada jenis penyisihan hampir sempurna dan mempunyai kepencongan sangat negatif. Sedimen juga lebih ke arah kurtosis jenis paling leptokurtik.