Abstract:
Satu kajian mengenai mekanisme perhubungan tumbuhan parasit Cassytha filiformis dan Loranthus grandifrons dengan perumah yang terdapat di sekitar kampus Universiti Putra Malaysia Terengganu, Kuala Terengganu telah dilakukan. Objektif kajian ini ialah untuk menentukan struktur morfologi dan anatomi daripada sel-sel atau tisu-tisu tumbuhan parasit yang terdapat di dalam haustorium yang bersentuhan dengan badan perumah.