Abstract:
Kajian pengumpulan logam Zn dan logam Cu oleh insang ikan Oreochromis sp dilakukan di unit penetasan UPMT. Duabelas tangki yang berukuran 45 x 29 x 28 dan berisipadu 25 liter dignnakan dalam kajian ini; 6 tangki untuk ujian Cu pada kepekatan berlainan (termasuk kawalan) dan 6 tangki lagi untuk ujian pelbagai kepekatan Zn (termasuk kawalan). Kepekatan logam Cu dan Zn dalam setiap tangki ialah 1.0 mg/L, 5.6 mg/L, 10 mg/L, 18 mg/L, 32 mg/L.