Abstract:
Pembelajaran adalah satu proses yang melibatkan pemerolehan dan pengubahsuaian pengetahuan, kemahiran, strategi, kepercayaan, sikap dan tingkah laku. ia juga melibatkan unsur-unsur kognitif, linguistik, motor dan kemahiran sosial yang boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk. Pembelajaran aktif merujuk kepada teknik pengajaran dan pembelajaran yang mana pelajar akan diberi tanggungjawab dalam pembelajaran. Dalam e-Pembelajaran, pengajaran dan pembelajaran dilakukan dengan menggunakan komputer. Untuk menyokong usaha ini, Sistem Pengurusan
Pembelajaran (SPP) membantu pensyarah untuk menguruskan kelas maya mereka dengan lebih baik. Walau bagaimanapun, satu masalah yang ada dalam sistem ini ialah kurangnya penglibatan aktif sama ada dari pelajar atau pensyarah. Ini dikenali sebagai sindrom peti sejuk. Pelajar hanya
menggunakan SPP ini di permulaan dan pada akhir semester.