Abstract:
Human Immunodeficiency Virus (HIV) merupakan penyakit yang berjangkit yang semakin meningkat dari setahun ke setahun. Virus HIV ini, boleh menjangkiti manusia melalui beberapa cara seperti hubungan seks bebas (secara heteroseksual atau secara homoseksual), jangkitan menerusi aliran darah yang tercemar seperti daripada ibu ke anak sebelum kelahiran, semasa kelahiran, penyusuan susu ibu terhadap anak dan
perkongsian peralatan seperti jarum suntikan dadah. Oleh itu, satu kajian telah dijalankan untuk menentukan faktor-faktor yang berisiko yang menyumbang kepada jangkitan TB terhadap pesakit HIV positif melalui penggunaan dadah suntikan (IDU) di negeri Kelantan. Kajian ini menggunakan Model Regresi Logistik dan membuat Pemodelan Persamaan Berstruktur. Sampel kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah sebanyak 176 pesakit HIV-TB yang menggunakan IDU dan tanpa IDU yang diperolehi dari Unit Rekod Perubatan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian Kota Bharu Kelantan.