Abstract:
Sistem hidraulik merupakan sistem yang agak kompleks yang secara umumnya terdiri daripada 3 komponen utamanya, iaitu pam, injap, dan pengerak. Apabila suatu masalah berlaku dalam suatu sistem hidraulik, ia boleh disebabkan oleh pelbagai punca sebab dan ia juga boleh berlaku pada bila-bila masa. Untuk menyelesaikan suatu masalah operasi yang timbul, kita bukan sahaja memerlukan pengetahuan dalam bidang hidraulik, malah satu lagi faktor yang penting ialah pengalaman seseorang pakar.