Abstract:
Tujuan kajian ini ialah untuk mengesan kehadiran ameba pada sumber air seperti pada paip air di bahagian sinki dapur dan tandas di rumah-rumah di beberapa kawasan perumahan di sekitar Kuala Terengganu. Ameba yang dijumpai dikenalpasti ke tahap genus berdasarkan pergerakan dan morfologi trofozoit dan morfologi sistanya. Dalam
kajian ini, 2 sampel diambil dari setiap 10 buah rumah dari setiap 7 taman perumahan iaitu Taman Wakaf Tengah, Taman Desa Darul Iman 6, Taman Desa Perwira, Taman Telipot, Taman Ida, Taman Armon dan Taman Uda Permai, menjadikan jumlah sampel yang diambil ialah 140.