Abstract:
Kajian ini dijalankan untuk membanding bank biji benih empat vegetasi iaitu belukar, hutan dipterokarp, hutan padang dan hutan padang terbakar. Sebanyak 20 sampel tanah dengan berat purata 1.2 kg diambil secara rawak daripada setiap vegetasi dengan menggunakan "Auger". Sampel-sampel tanah kemudiannya disimpan dalam makmal di mana lampu dipasang selama 12 jam setiap hari. Siraman ke atas sampel tanah akan dibuat dua kali sehari dan ujian kemunculan anak benih dijalankan di bawah suhu bilik iaitu lebih kurang 28°C. Pemerhatian dijalankan selama 56 hari di mana data yang diambil adalah berdasarkan kemunculan anak benih.