Abstract:
Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji kesan Asid Giberelik (GA3) dan Paclobutrazol (PP333) ke atas pertumbuhan dan perkembangan serta pengumpulan vitamin C dalam roselle (Hibiscus sabdarijfa L. ). Kajian ini telah dijalankan di Jabatan
Pertanian, Rhu Tapai, Setiu, Terengganu. Dalam kajian ini, lima aras kepekatan GA3 iaitu 0 ppm, 0.1 ppm, 1.0 ppm, 5.0 ppm dan 10.0 ppm serta kepekatan PP333 iaitu 0 ppm, 50 ppm, 100 ppm, 500 ppm dan 1000 ppm telah dilakukan.