Abstract:
Kajian dilakukan untuk menentukan tempoh perubahan bunga Melaleuca cajeputi daripada peringkat tunas hingga ke peringkat buah yang matang. Sepuluh pokok dipilih secara rawak dari dua lokasi iaitu UPMT dan Tok Jembal untuk pemerhatian secara berasingan. Didapati jangka masa pembungaan ialah di antara 7 hingga 9 hari dan tempoh pembuahan dari peringkat muda hingga matang pula ialah di antara 99 hingga 139 hari. Pelawat bunga M cajeputi terdiri daripada tebuan, semut, kupu-kupu, rama-rama dan lalat. Tempoh pembungaan penuh ialah di antara Jun dan Julai manakala tempoh pembuahan penuh ialah di antara Ogos dan September.