Abstract:
Sistem Penjadualan Waktu Peperiksaan Universiti Putra Malaysia Terengganu (SPWP) merupakan satu sistem yang dibangunkan bertujuan untuk menghasilkan jadual peperiksaan yang optimum untuk universiti ini. Sistem ini akan menjanakan jadual waktu peperiksaan secara automatik dengan mempertimbangkan pelbagai kekangan serta kriteria-kriteria pemilihan semasa penskedulan.