Abstract:
Kajian ini dibuat bertujuan untuk menilai dan memastikan cara yang terbaik bagi mengoptimakan permintaan dalam sistem pangkalan data teragih, yang telah dikaji oleh para ilmuan. Terdapat pelbagai cara untuk mengoptimakan permintaan antaranya dengan menggunakan bahasa procedural dan non-procedural. Di sini penekanan dibuat pada bahasa procedur, di mana SEMI-JOIN dengan gabungan kaedah lain seperti SELECTION, PROJECTION dan JOIN, rnerupakan kaedah terbaik dalam memenuhi tajuk yang dibincangkan.