Abstract:
Sistem Maklumat Kakitangan Jabatan Sains Komputer ini merupakan suatu sistem yang akan digunakan oleh pihak pengurusan Jabatan Sains Komputer di dalam membantu pengendalian operasi-operasi jabatan. Setiap item yang akan disimpan dalam jabatan ini akan diberi satu nombor panggilan yang unik untuk memudahkan proses pengurusan dan pencarian item tersebut. Sistem dapat memaparkan maklumat mengenai item-item
utama yang terdapat di jabatan. Sistem juga dapat membantu mengendalikan proses penambahan, penghapusan, serta pengemaskinian maklumat kakitangan yang terdapat di dalam Jabatan Sains Komputer.