| dc.description.abstract |
Tesis ini memfokuskan ke arah pembetukan sebuah sistem pengurusan yang menyeluruh dan dapat memenuhi keperluan pihak pentadbiran Jabatan Sains dan Komputer dalam mengendalikan fail dan dokumen. Pembangunan sistem ini menekankan lima aspek penting dalam pengurusan iaitu berkenaan dengan surat masuk, fail induk, perkara utama fail, subfail dan dokumen yang terdapat dalam setiap subfail. Selain itu, sistem juga membenarkan pertambahan, penghapusan dan pengemaskinian data di mana maklumat-maklumat sebelumnya boleh dirujuk kembali pada masa akan datang. |
en_US |