Abstract:
Tesis ini memfokuskan ke arah pembentukan sebuah sistem pengurusan yang menyeluruh dan dapat memenuhi keperluan pihak pengurusan dewan makan selaras dengan perkembangan pesat yang berlaku dalam era teknologi berkomputer pada hari ini. Pembangunan sistem ini menekankan lima aspek penting dalam pengurusan iaitu berkenaan dengan penjanaan menu makanan, perbelanjaan, keperluan barangan, tuntutan dan pengeluaran laporan bercetak. Selain itu, sistem juga membenarkan pertambahan, penghapusan dan pengemaskinian terhadap data di mana maklumat-maklumat yang sebelumnya boleh dirujuk kembali pada masa akan datang.