Abstract:
Model prestasi berguna untuk meramal nilai ukuran prestasi bagi sistem komputer. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengukur dan menilai ukuran prestasi bagi Sistem Tertutup di dalam Model Kelas Tunggal dan Model Kelas Berganda bagi menentukan prestasi sistem komputer. Ukuran prestasi tersebut adalah seperti Masa Tindak Balas dan Truput. Teknik "Mean Value Analysis" akan digunakan bagi menentukan ukuran prestasi berdasarkan Operational Law dan Little's Law. Hasil analisis bagi ukuran prestasi didapati berdasarkan bilangan pelanggan yang pelbagai