Abstract:
Proses pendidikan pada masa kini sedang mengalami evolusinya yang tersendiri. Faktor
utama yang di lihat sebagai pencetus evolusi ini ialah dengan penemuan pelbagai teknologi canggih khususnya teknologi maklumat atau IT. Negara kita telah menerima baik bidang IT sebagai salah satu bidang keutamaan dalam pendidikan. Pembukaan projek Koridor Raya Multimedia atau MSC telah menjadi pemangkin kepada pertumbuhan industri IT negara. Program Sekolah Bistari yang merupakan salah satu aplikasi perdana dalam MSC adalah salah satu usaha pihak kerajaan untuk menerapkan pembelajaran formal IT di peringkat sekolah. Selaras dengan itu, Sistem Peperiksaan Atas Talian dibangunkan sebagai salah satu usaha untuk menerapkan penggunaan IT di dalam bidang pendidikan menjadikan sistem pendidikan bertambah maju dan moden.