Abstract:
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti sumber jangkitan bakteria Salmonella enteritidis yang membawa kepada kes wabak keracunan makanan di kalangan siswi-siswi Universiti Teknologi Mara Dungun dan juga mengenalpasti corak kerintangan bakteria ini terbadap antibiotik-antibiotik yang diuji. Kajian ini di jalankan dengan bantuan pihak Jabatan Patologi Hospital Kuala Terengganu dan Pejabat Kesihatan Daerah Dungun bermula daripada timbulnya kes pertama keracunan makanan ini dilaporkan sehinggalah ia diisytiharkan sebagai wabak keracunan yang akhirnya dapat dikawal.