Abstract:
Minyak pati daripada rizom Kaempferia galanga diekstrak dengan menggunakan kaedah rendaman dalam pelarut dietil eter. Bahan terbitan asid benzoik yang terdapat dalam minyak menunjukkan kebolehan menyerap sinaran UV. Panjang gelombang maksimum, A yang diperolehi adalah 289.50nm iaitu dalam sinaran UVB.