Abstract:
Program latihan industri merupakan salah satu cara pendekatan yang disusun oleh pihak universiti kepada pelajar dalam mendedahkan seseorang pelajar terhadap persekitaran kerja yang sebenar. Latihan Industri merupakan pendedahan awal bagi para pelajar universiti untuk menjejaki alam pekerjaan yang sebenar pada suatu masa nanti. Oleh yang demikian, KUSTEM telah mewajibkan para pelajar Sarjana Muda Sains Polisi Awam dan Sekitaran agar menjalani Latihan Industri selama lebih kurang 12 minggu bermula 4 Mac 2002 hingga 24 Mei 2002