Abstract:
Pentadbiran daerah merupakan tunggak kearah mewujudkan sebuah masyarakat yang sejahtera, penyayang serta kebertanggungjawaban. Pegawai daerah adalah memainkan peranan penting dalam sistem pelaksanaan perancangan pembangunan negara. Pejabat tanah dan Jajahan Pasir Puteh, merupakan sebuah organisasi kerajaan yang memainkan peranan penting di dalam membantu penduduk di jajahannya. Apa yang nyata perkhidmatan yang dilakukan oleh mereka meninggalkan kesan yang mendalam kepada sesiapa yang berurusan dengannya baik positif dan juga impak negetif.