Abstract:
Beberapa bulan yang lepas, isu pengurusan Lembaga Tabung Haji (LTH) menjadi topik perbincangan yang sensasi. Satu demi satu kelemahan pengurusan organisasi tersebut dibangkitkan. Namun, Tabung Haji mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Meskipun pelbagai isu yang timbul, pendeposit tetap teguh dibelakang lembaga itu. Buat masa sekarang, keyakinan masyarakat terhadap TH masih mantap. Mereka tidak akan melakukan sesuatu yang melemahkan TH.