Abstract:
Satu kajian telah dijalankan bagi mengkaji kesan sisa teh sebagai baja organik ke atas tumbesaran jagung. Kajian ini telah dijalankan di Rumah Teduhan Jabatan Sains Biologi, FST KUSTEM. Dalam kajian ini hampas teh telah dijadikan bahan kajian untuk dijadikan sebagai baja organik. Kepekatan rawatan yang digunakan adalah 0, 0.3, 0.6, 0.9, 1.2 dan 1.5 mt ha-1. Rekabentuk kajian yang dijalankan adalah RCBD yang mengandungi 6 rawatan dengan 4 replikasi setiap rawatan dan keseluruhan ujikaji ini diulang sebanyak 3 kali...[et al.]