Abstract:
Latihan industri yang telah dijalankan oleh pelatih adalah selama tiga bulan. Pelatih telah ditempatkan di Unit Perancangan Ekonomi Negeri, bangunan Wisma Darul Iman iaitu di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (SUK). Pelatih telah diberikan tugas yang menguji tahap pemikiran dan kerjasama pelatih dalam organisasi tersebut. Selain itu, pelatih juga perlu mengesan sistem sedia ada dan juga permasalahan yang wujud di organisasi dan mengemukakan cadangan yang bersesuaian bagi menyelesaikan masalah tersebut