Abstract:
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memencil, mengenalpasti dan menganggarkan risiko Staphylococcus aureus dan toksinnya dalam makanan sedia dimakan (RTE), bahan mentah dan pengendali makanan. Penentuan kualiti mikroorganisma (TPC) dan mikroorganisma penunjuk (koliform, Escherichia coli) serta patogenik (S. aureus, Bacillus cereus, Listeria monocytogenes, Clostridium perfringens dan Salmonella spp.) dilakukan ke atas bahan mentah berprotein ayam, ikan, daging dan udang yang diperolehi dari pasar basah Bangi.