Abstract:
Satu kajian telah dijalankan di Stesen Pembangunan Komoditi, Jabatan Pertanian, Rhu Tapai, Terengganu. Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk mengkali kadar pembajaan nitrogen yang sesuai ke atas pertumbuhan nanas di tanah bris. Tanaman penunjuk yang digunakan ialah nanas Josapine. Kajian ini dijalnakan selama 6 bulan. Enam rawatan nitrogen digunakan iaitu 0, 200, 400, 600, 800 dan 1000kg N ha -1. Sumber nitrogen ialah baja Urea (46%N)...[et al.]