| dc.description.abstract |
Kajian terhadap taburan saiz sedimen dan perubahan profil pantai telah dijalankan di sekitar pesisir pantai Tumpat, Kelantan dengan melibatkan bulan penyampelan pada bulan Jun, Ogos, Oktober dan Disember 2002. Kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan ciri-ciri morfologi pantai dan taburan saiz sedimen di kawasan kajian merangkumi musim yang melibatkan monsun Barat Daya dan juga monsun Timur Laut serta menentukan arah pergerakan sedimen di kawasan kajian. Daripada kajian yang telah dijalankan, didapati taburan sedimen adalah terdiri dari min sederhana kasar, bersisihan hampir sempurna dan berkepencongan sangat negatif mendominasi kebanyakan stesen. |
en_US |