Abstract:
Kajian terhadap saiz endapan butiran dan arah pergerakan endapan telah dilakukan di sepanjang pesisir pantai Sabak dan pantai Senok yang terdapat binaan pemecah ombak di antara dua lokasi tesebut. Penyampelan dan pengumpulan data telah dibuat setiap dua bulan dari Mei 2002 hingga Disember 2002. Kajian itu dijalankan untuk mengkaji ciri endapan dan taburannya serta kaitannya dengan kecerunan pantai.