Abstract:
Kajian telah dijalankan terhadap perubahan profil pantai dan ciri-ciri sedimen di sepanjang pesisiran Pantai Kuala Semerak. Kawasan kajian telah dibahagikan kepada dua stesen utama iaitu Stesen A dan Stesen B. Penyampelan dijalankan sebanyak empat kali bermula Jun 2002 dan berakhir Disember 2002. Profil pantai
menunjukkan perubahan drastik dalam bulan akhir penyampelan (Disember) bagi setiap stesen.