Abstract:
Kajian berkaitan dengan ciri-ciri sedimen dan juga perubahan bentuk pantai di Nenasi, Pekan, Pahang. Kajian ini dibuat bermula dari bulan Jun dan berakhir pada bulan Disember 2002. Perubahan ketara berlaku kepada bentuk profil pantai semasa bulan Disember. Ini berlaku disebabkan pengaruh angin monsun Timur Laut yang bertindak di sepanjang pantai Timur Semenanjung Malaysia. Pengambilan Sedimen pasir dibuat pada tiga titik iaitu HMT (paras pasang tertinggi), MT (paras pasang pertengahan) dan LMT (paras pasang terendah).