Abstract:
Isotop geologi telah lama diaplikasikan dalam menentukan usia sedimen sesuatu kawasan. Menerusi teknik ini satu kajian telah dilakukan di kawasan Rutan Paya Bakau Paka dan isotop geologi yang digunakan ialah 30Th . Penyampelan dilakukan pada 26 April 2002 ketika peralihan monsun dengan menggunakan alat 'D-section core' . Menerusi kaedah 230Th ini, kadar sedimentasi yang diperolehi ialah 0.69 cmtahun-1 manakala usia sedimen pada kedalaman 95 em ialah 137.7 tahun.