Abstract:
Kajian taburan hidrokarbon dijalankan di persekitaran Pulau Redang, Terengganu melibatkan sampel karang keras yang diambil dari permukaan dasar laut. Daripada keputusan, didapati jumlah lipid ekstrak dalam karang keras adalah berjulat antara 251.8625 ~g.g- 1 berat kering hingga 3586.8053 ~g.g·1 berat kering. Spesies PAH mempunyai jumlah kepekatan yang lebih tinggi berbanding dengan spesies TAH. Daripada kajian, didapati kepekatan jumlah T AH bagi sampel karang keras adalah
berjulat antara 22.0643 ~g.g-1 berat kering hingga 53.9137 ~g.g-1 berat kering.