Abstract:
Projek Modul Pembelajaran - Kajian Sistem Inventori merupakan suatu pendekatan yang mempunyai konsep baru bagi pembelajaran proses pembangunan perisian. Sistem inventori yang telah dibangunkan dan digunakan sebagai suatu rangka kerja untuk rekabentuk modul pembelajaran ini. Penggunaan modul tersebut dapat memudahkan pembelajaran proses pembangunan perisian dengan berkesan. Sistem ini dibangunkan dalam persekitaran komputer mikro yang serasi di bawah sistem pengoperasian Windows 2000. Manakala bahasa pengaturcara yang digunakan untuk membangunkan sistem ini adalah Microsoft Visual Basic 6. O.